Hospital Bersalin Sukhilmi (HBS) adalah sebuah Hospital Pakar Swasta yang bergandingan dengan Klinik Pakar Wanita & Infertiliti Sukhilmi (KPW) sebagai satu pusat sehenti yang lengkap bagi perkhidmatan doctor pakar perbidanan dan sakit puan yang berlokasi di Taman Bandar Baru Senawang,Seremban,Negeri Sembilan. Kedudukan lokasinya strategik iaitu dalam 15 minit memandu dari Bandar Seremban dan mempunyai akses yang sama rata dari Exit Tol Senawang 220 serta Exit Highway LEKAS.
HBS adalah 100% milik bumiputera dan dimiliki sepenuhnya oleh Rasumi Health Consultancy Sdn. Bhd. (682349-W) yang telah beroperasi sejak 25hb Februari 2010,HBS berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pakar dan rundingan bagi masalah Obstetrik dan Ginekologi serta Infertiliti pada harga yang berpatutan dengan penekanan kepada keselesaan dan keselamatan pesakit.
HBS adalah sebuah hospital swasta berlesen penuh yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah diberi mandat dan mendapat reputasi positif untuk menjaga perkhidmatan dalam masyarakat.
Kami akan membimbing anda dalam perjalanan melalui proses pemulihan. Berbincang dengan kami untuk penjelasan terperinci tentang bagaimana kami boleh membantu anda atau orang yang anda sayangi.