Pemeriksaan Antenatal Untuk Ibu Hamil

Pemeriksaan antenatal bermaksud pemeriksaan kehamilan sebelum proses kelahiran.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi.
Pemeriksaan antenatal sebaiknya dimulakan sejurus selepas anda mengetahui tentang kehamilan anda dan perlu dilakukan sekurang - kurangya sebulan sekali.
Beberapa ujian akan dilakukan termasuk :

- Ujian pengesahan kehamilan
- Urine pregnancy test (UPT)
- Ujian darah HCG (bagi sesetengah kes)
- Ultrasound
- Ujian saringan antenatal
- Pemeriksaan fizikal seperti pemeriksaan tekanan darah & pengambilan berat badan
- Imunisasi ibu

Ultrasound

Ultrasound akan dilakukan pada setiap kali pemeriksaan. Ini bertujuan untuk memantau perkembangan & pembesaran bayi serta menentukan tarikh jangkaan bayi tersebut akan lahir.

Ultrasound juga dapat memberi gambaran jantina bayi supaya anda boleh melakukan persiapan yang sewajarnya.

ultrasound yang terdapat disini :
- 2D
- 3D (bergantung kepada usia kandungan dan posisi bayi)

Merancang keluarga adalah penting:

  • Untuk memastikan kesihatan ibu berada pada tahap optimum sebelum mengandung.

Untuk mengelakkan kandungan yang tidak diingini.

Kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada di Klinik ini.
  1. Hormon
    • Pil – Liz & Yaz ( perlu diambil setiap hari).
    • Implanon ( boleh bertahan selama 3 tahun).
    • Suntikan – Depo Provera ( perlu diambil 3 bulan sekali).
  2. Tiada hormone
    • Alat dalam rahim (IUCD) – boleh bertahan selama 3 tahun.
Rawatan inferteliti ( kesuburan) ada disediakan bagi pasangan yang menginginkan zuriat. Beberapa penyiasatan perlu dilakukan sebelum rawatan dapat dimulakan. Ini termasuk :

1

Ultrasound

2

Ujian Darah

3

Ujian Sperma

4

Ujian Tiub Fallopio ( Hyfosy)

1. Imunisasi bagi bayi lengkap dari 1 bulan hingga 2 tahun.

  • Hepatitis B
  • Pentaxim
  • Mmr

2. Imunisasi bagi individu yang ingin mengerjakan haji & umrah

  • Meningococcal
  • Influenza
  • Pneumococcal

3. Imunisasi bagi individu yang berada di sektor pemakanan (F & B).

  • Typhoid vaccine