Bersalin Normal (GENTLE BIRTH)

Kelahiran anak atau bersalin adalah satu proses yang berlaku pada akhir kehamilan, iaitu apabila selaput mentuban, janin dan uri keluar dari rahim ibu. Ia bermula dengan kontraksi yang berterusan pada rahim menghasilkan pembukaan os serviks (pangkal rahim).

Proses bersalin terbahagi kepada 3 peringkat iaitu fasa pertama, kedua dan ketiga yang bermaksud:

  • Fasa pertama
    • Berlaku pengecutan rahim yang berterusan setiap 10-30 minit  dan kadar pengecutan ini meningkat perlahan-lahan, menghasilkan pembukaan pangkal rahim hingga mencapai 10cm. Show (lapisan mukus bercampur darah) akan terkeluar dan diikuti dengan pecah selaput mentuban.
  • Fasa kedua kelahiran
    • Pengecutan otot rahim yang kuat dan berterusan menyebabkan bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina/ faraj.
    • Selepas bayi dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri yang masih melekat pada ibu akan dikepit dan kemudian dipotong.
  • Fasa ketiga kelahiran
    • Pada masa ini berlaku proses pemisahan uri dari rahim ibu dan ia berlaku lebih kurang 15 hingga 30 minit selepas bayi dilahirkan.

GENTLE BIRTH – yang dimaksudkan menggunakan 3P (POWER,PASSAGE,PASSANGER). Power iaitu kudrat ibu untuk meneran. Passage iaitu laluan untuk bayi keluar melalui vagina. Passanger iaitu bayi itu sendiri dalam keadaan vertex.

Pembedahan (Caesarean Section/LSCS)

Caesarean Section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN CAESAREAN SECTION ?
Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘elective caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1. Kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. Plasenta Praevia (plasenta menghalang salur kelahiran).
4. Ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. Mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya.

Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :
1. Untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. Bukaan serviks tidak memadai.
3. Kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

Gambar dari:
http://www.hopkinsmedicine.org/healthlibrary/test_procedures/gynecology/dilation_and_curettage_d_and_c_92,P07772/

D&C (Dilatation & Curettage)

Satu prosedur pengembangan dan pengkuretan, juga dikenali sebagai D & C, adalah prosedur pembedahan di mana pangkal rahim (lebih rendah, bahagian sempit rahim) adalah diluaskan (berkembang) supaya lapisan rahim (endometrium) boleh dikikis dengan curette (spoon- instrumen berbentuk) untuk membuang tisu yang tidak normal.

D & C adalah satu bentuk rawatan untuk pelbagai keadaan termasuk keguguran tidak lengkap, polip atau kehamilan yang tidak diingini.

D & C boleh digunakan sebagai ujian diagnostik ( HPE- histopathological examination ) sekiranya contoh disyaki Kanser Rahim.

Pening & Muntah (Hyperemesis Gravidarum)

Hiperemesis gravidarum (HG) adalah komplikasi kehamilan yang bercirikan loya yang teruk dan muntah-muntah boleh mengakibatkan penurunan berat badan dan dehidrasi berlaku. Tanda-tanda dan gejala-gejala boleh termasuk muntah beberapa kali sehari dan rasa pitam. Ia adalah lebih teruk daripada morning sickness. Selalunya gejala menjadi lebih baik selepas minggu ke-20 kehamilan tetapi boleh berlaku sepanjang kehamilan.

Punca sebenar hiperemesis gravidarum tidak diketahui. Faktor-faktor risiko termasuk kehamilan pertama, kandungan kembar, obesiti, sejarah terlebih dahulu atau keluarga gravidarum hiperemesis, gangguan trophoblastic, dan sejarah gangguan makan. Diagnosis biasanya dibuat berdasarkan tanda-tanda dan gejala. Ia telah secara teknikal ditakrifkan sebagai lebih daripada tiga episod muntah sehari seperti berlaku penurunan berat badan sebanyak 5% atau tiga kilogram telah berlaku dan keton terdapat di dalam air kencing. Sebab-sebab lain yang berpotensi daripada gejala harus dikecualikan termasuk jangkitan saluran kencing dan tahap tiroid yang tinggi.

Rawatan termasuk cecair minum dan makanan yang hambar. Cadangan mungkin termasuk minuman elektrolit-penggantian, thiamine, dan diet protein yang lebih tinggi. Sesetengah wanita memerlukan rawatan di hospital untuk kemasukkan cecair intravena. Berkenaan dengan ubat-ubatan pyridoxine atau metoclopramide diutamakan. Ubat-ubatan yang lain seperti Prochlorperazine, Dimenhydrinate, atau ondansetron.

Fototerapi

Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-

  • Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm – 50 cm daripada bayi
  • Buka semua baju bayi kecuali lampin
  • Tutup matanya
  • Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
  • Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
  • Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
  • Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
  • Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.

Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.

Mengesan Bacaan Kuning (Drager Jaundice Meter)

Kami menyediakan khidmat “Non Invasive Bilirubinometer” tanpa mengambil darah si kecil dengan menggunakan mesin ini.

Tujuan mesin ini adalah untuk mengesan paras serum bilirubin dalam badan bayi samada tiggi atau rendah yang dipanggil sebagai Jaundice atau Demam kuning.

Cara pengendalian untuk mengesan bacaan kuning ini hanya perlu di acukan di atas dahi dan bahagian tengah dada (Sternum) si kecil bagi mendapatkan bacaan serum bilirubin.

Paras serum bilirubin yang melebihi 12 mg/dl atau 200 umol/L. Kami akan merujuk si kecil kepada doktor kanak-kanak untuk rawatan selanjutnya.

Mudah dan tidak menyakitkan tangan dan kaki si kecil lagi.

Harga RM80.

Untuk maklumat lanjut hubungi kami:-
 066770034
 0196008626