Perlukan saya menempah (booking) terlebih dahulu sekiranya ingin bersalin di sini?

Untuk makluman,puan perlu membuat pembayaran RM500 sebelum tarikh dijangka bersalin. Deposit RM1000 dikenakan untuk setiap kemasukkan wad untuk bersalin normal. Sekiranya pelanggan yang telah membuat booking dan ingin kembali wang berkenaan,pihak pengurusan hanya mengenakan caj RM20 untuk admin fee.

Dimanakah harus saya pergi sekiranya saya hendak bersalin?

Puan perlu segera datang ke HBS di tingkat 1 kerana hospital kami beroperasi 24 jam.

Apakah yang perlu dibawa apabila saya mempunyai tanda- tanda untuk bersalin?

Puan perlu membawa kad pemeriksaan ibu mengandung, kad pengenalan atau surat jaminan majikan (jika ada), kelengkapan diri dan anak.

Apakah tanda-tanda awal kelahiran?

TANDA-TANDA AWAL KELAHIRAN ialah seperti:

  • Sakit pinggang dan ari-ari ATAU rasa seperti hendak membuan air besar
  • Sakit abdomen (rahim mengeras)
  • Keluar tanda iaitu darah bercampur lendir dari kemaluan
  • Turun air sedikit-sedikit ATAU pecah mentuban
Pakej Bersalin Normal

2 hari 1 malam
Ujian darah bagi bayi iaitu Tiroid, Kumpulan darah & G6PD
Suntikan imunisasi bayi iaitu BCG, Hepatitis B (dos pertama sahaja) & Vitamin K
Proses kelahiran dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan.